Monday, February 20, 2012

Latif Ibrahim

Hari ini menjadi satu lagi tarikh yang akan menjadi ingatan bagi ramai rakyat Malaysia.Lebih lebih lagi bagi mereka yang zaman muda/remaja di tahun 60/70an.

Nama yang tak asing lagi bagi kita- Latif Ibrahim.Beliau meninggal kan kita -untuk menyahut seruan ILAHI.
Semuga Allah mengampuni dosa-dosa nya serta merahmati roh nya.

Alfatihah...untuk roh beliau.

Petikan Berita:

PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).

Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Saturday, January 14, 2012

Tahun Baru 2012

Saperti biasa masa tetat berlalu.
Tahun baru muncul manakala tahun 2011 berlalu.
Bagi Thn 2012 ini apakah paparan yang menanti. Bagi Januari,2012 tanggal 9.01.2012 telah memperlihatkan
pembebasan Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat Saiful.
apakah kesan dari keputusan ini sama samalah kita saksikan sepanjang 2012 ini. Kita sama berdoa supaya apa pon yang berlaku ditahun ini membawa segala faedah serta pengajaran serta kebaikan kepada anak cucu kita.




Pilihan raya ke 13 mungkin ditahun ini..?? siapa pon menang harap Melayu tidak terus dipinggirkan disamping kerajaan mempergiat usaha mengambil hati kaum lain sprti Cina & India. Kita terus berdoa agar kita tidak di uji Allah dengan ujian yg berat bagi kita umat islam di Malaysia agar anak cucu kita juga dapat menikmati apa yg kita nikmati selama ini tanpa menafikan hak kaum lain sedikit pon di Bumi Tanah melayu ini.