Hari ini menjadi satu lagi tarikh yang akan menjadi ingatan bagi ramai rakyat Malaysia.Lebih lebih lagi bagi mereka yang zaman muda/remaja di tahun 60/70an.
Nama yang tak asing lagi bagi kita- Latif Ibrahim.Beliau meninggal kan kita -untuk menyahut seruan ILAHI.
Semuga Allah mengampuni dosa-dosa nya serta merahmati roh nya.
Alfatihah...untuk roh beliau.
Petikan Berita:
PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.
Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.
Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).
Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.
Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.
Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam pemandu.
Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.
No comments:
Post a Comment