Saturday, January 14, 2012

Tahun Baru 2012

Saperti biasa masa tetat berlalu.
Tahun baru muncul manakala tahun 2011 berlalu.
Bagi Thn 2012 ini apakah paparan yang menanti. Bagi Januari,2012 tanggal 9.01.2012 telah memperlihatkan
pembebasan Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat Saiful.
apakah kesan dari keputusan ini sama samalah kita saksikan sepanjang 2012 ini. Kita sama berdoa supaya apa pon yang berlaku ditahun ini membawa segala faedah serta pengajaran serta kebaikan kepada anak cucu kita.




Pilihan raya ke 13 mungkin ditahun ini..?? siapa pon menang harap Melayu tidak terus dipinggirkan disamping kerajaan mempergiat usaha mengambil hati kaum lain sprti Cina & India. Kita terus berdoa agar kita tidak di uji Allah dengan ujian yg berat bagi kita umat islam di Malaysia agar anak cucu kita juga dapat menikmati apa yg kita nikmati selama ini tanpa menafikan hak kaum lain sedikit pon di Bumi Tanah melayu ini.

Saturday, May 7, 2011

Alam Maya 2

Di era baru sekarang ni pelbagai maklumat boleh di perolehi dari internet....
Cuma kita mau pon anak anak kita perlu memilih serta menapis maklumat mana yang perlu dan yang mana tak perlu, yang mana benar dan yang mana jelas kepalsuan nya.

Kalau kita lihat sepintas lalu kita akan dapati banyak berita berbentuk menghasut dan memfitnah.
Seboleh boleh nya hendaklah menjauhi dari berita berita,blog blog yanh jelas berbentuk demikian.Ini adalah kerana ianya bukan sahaja akan mensia siakan masa kita yang amat berharga malahan akan menjejaskan keupayaan kita mendekati perkara perkara yang haq...

Thursday, August 5, 2010

Alam Maya 1

Dunia sekarang sudah terlalu canggih....Alam maya sudah menjadi satu dimensi baru kehidupan..Mampu kah kita melalui kehidupan..dengan lebih bererti...dengan lebih bermakna....

Ujud nya sumber maklumat di alam maya..amat membingungkan....dari sudut geografi nya....politiknya...ekonomi nya....bermacam macam....


Dulu laman sesawang....kini laman sosial nya pulak...

Fikirkan sejenak...cukup kah 24 jam sehari  bagi kita melayari kehidupan ini....
Melayari kehidupan ini dengan bermakna....dengan berfaedah....samaada faedah utk diri sendiri  maupon faedah disumbangkan kepada orang lain  ...masyarakat umpama nya....

Atau pon kita saban hari  kebanyakan kita  mensia siakan masa,tenaga, bakat serta peluang yang ada begitu saja....

Tanpa menyedari yang masa telah berlalu...

Contoh; penulisan mirip politik......terlalu banyak kabar angin...fitnah..hasut menghasut...

Tidak kurang ada penulisan yang baik befaedah...membina dan banyak pengaran...

Semoga kita sentiasa terdorong kepada penulisan yang baik...dan berfaedah.....

.